Ubat-Ubatan Telah Tamat Tempoh? Lupuskannya Dengan Selamat Di Tong Pelupusan Ubat Alpro Pharmacy

By Alpro Pharmacy

January 26, 2022

Alpro Pharmacy baru-baru ini melancarkan ‘Kempen Pelupusan Ubat Dengan Selamat’ khusus untuk rakyat Malaysia.

Menurut Alpro, kempen ini diperkenalkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pelupusan ubat dengan cara yang lebih selamat serta mengetahui akan kesan buruk jika melupuskan ubat sebagai sampah biasa.

Kempen ini disampaikan melalui satu siri grafik yang diinspirasikan daripada watak-watak kisah dongeng kanak-kanak seperti Snow White, Belle dari Beauty and the Beasts, Ariel dari The Little Mermaid, Cinderella dan Ballo beruang dari The Jungle Book.

Selari dengan pengenalan kempen ini, Alpro Pharmacy telah menyediakan tong pelupusan ubat untuk pengguna di seluruh negara untuk memudahkan pelupuskan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau tamat tempoh dengan lebih selamat.

Menurut Alpro Pharmacy juga, lebih daripada 165 cawangan mereka di seluruh negara telah bersiap sedia untuk memacu impak positif dalam masyarakat sekaligus memberi kesan positif kepada alam sekitar.

Bukan itu sahaja, Alpro Pharmacy turut bekerjasama dengan Universiti Perubatan Antarabangsa dan Universiti Monash. Melalui kaji selidik yang dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 83.2% daripada responden dalam kajian ini sedar bahawa pengendalian ubat-ubatan yang tidak digunakan secara tidak wajar boleh menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan ekosistem.

Manakala 66.4% responden menyatakan bahawa mereka tidak mendapat sebarang bentuk pengetahuan atau kesedaran mengenai kaedah pelupusan ubat-ubatan dengan cara yang betul.

Untuk menyokong Alpro Pharmacy dan ikuti semua berita terkini, sila ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Alpro bermula hari ini.

Read original article: Tajria 

Generate Cart URL
Whatsapp