Bahasa Malaysia Articles

Tahukah Anda Betapa Bahayanya Makan HOT DOG?

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.


Adakah anda salah satu “hot-dog lover”? Tahukah anda “hot-dog” boleh menyebabkan kanser payu dara dan bagaimana ia boleh meyebabkan kanser payu dara?

Kalau anda menyayangi nyawa anda sila berhenti pengambilan “hotdog” bermula hari ini dan sila baca dengan teliti artikel yang saya ingin berkongi dibawah.


Hot dog atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang disukai ramai terutamanya kanak-kanak. Ia juga diketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika diambil dengan kadar yang banyak.

Seperti diketahui ramai, hot dog mempunyai kandungan garam, lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Ia boleh meyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis, obesity, darah tinggi dan juga penyakit jantung.

Selain daripada itu, hot dog dan makanan proses yang lain juga mengandungi “NITRATE” yang dikaitkan dengan penyebab kanser seperti kanser payu-dara dan kanser usus. Nitrites ialah sejenis bahan pengawet yang ditambahkan ke dalam hotdog. Ia akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. N-nitorso merupakan bahan kompaun yang meyebabkan kanser berlaku.

Menurut penyelidikan dari The European journal of cancer, setiap 9gram pengambilan daging proses dalam sehari (persamaan dengan 2 batang sosej) boleh meningkatkan risiko kanser payu dara sebanyak 21%. Peningkatan 9% risiko kanser payudara untuk selepas menopaus dengan pengambilan daging proses.

Sesetengah orang mengambilan isu ini secara sinis disebabkan “bukan makan hari-hari”. Tetapi makanan proses di sini bukan hanya hotdog, ia merangkumi segala makanan dalam tin seperti ikan tuna, sardin, makanan sejuk beku, ikan masin, ikan bilis, buah-buahan dan sayur-sayuran jeruk dan kesemua makanan yang telah diproses sebelum dihidangkan. 

Sini saya juga ingin memberitahu rahsia makan secara sihat dengan mengikut prinsip “suku, suku, separuh”. Iaitu suku makanan berkanji (nasi, mee, mihun, roti, spageti etc), suku protein (daging, ayam, ikan, telur, tauhu etc) dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu megurangkan “kesan buruk” dari pengambilan makanan proses kerana ia mengandungi tinggi bahan anti-oksida.

Pengarang: Dietitian Jayne Luah

#perkongsiancommunitydietitian
#kesihatanandatanggungjawabanda
#saynotoprocessfood

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Author


AvatarAvatar