1 Juta rakyat Malaysia alami kemurungan. Tahukah anda, kekurangan Vitamin D mungkin salah satu puncanya?

1 Juta rakyat Malaysia alami kemurungan. Tahukah anda, kekurangan Vitamin D mungkin salah satu puncanya?

Fahami kaitan Vitamin D dengan mood, tidur & kesihatan mental anda

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 merekodkan terdapat 1 juta penduduk di Malaysia berumur 16 tahun ke atas menghidap kemurungan (depression). Separuh dari mereka pernah terfikir untuk mencederakan diri atau membunuh diri. Tinjauan juga mendapati kemurungan lebih banyak berlaku dalam kumpulan umur yang lebih muda, khususnya berumur 16 hingga 19 tahun (7.9%) dan berumur 20 hingga 29 tahun (7.6%).

Antara contoh gejala kemurungan:  

  • Rasa sedih berpanjangan
  • Hilang minat terhadap aktiviti
  • Keletihan
  • Perubahan selera makan atau tidur. 

Gejala-gejala ini hadir hampir sepanjang hari sekurang-kurangnya selama dua minggu untuk dianggap sebagai satu episod kemurungan.

Adakah ada ahli keluarga atau rakan-rakan anda mempunyai gejala kemurungan? Atau adakah anda sekarang mempunyai gejala kemurungan?

Dari Hormon Gembira ke Daya Tahan Stress – Peranan Vitamin D dalam atasi masalah kemurungan 

  • Neuroplastisiti adalah keupayaan otak untuk menyusun semula dirinya dan membentuk sambungan neural baru, yang biasanya berkurang dalam keadaan kemurungan.
  • Vitamin D membantu meningkatkan neuroplastisiti otak, yang penting untuk pengawalan emosi, pembelajaran, dan memori.
  • Serotonin (hormon gembira) berkait rapat dengan perasaan bahagia. Kekurangan serotonin akibat stres berpanjangan boleh menyebabkan kemurungan.
  • Pengambilan Vitamin D yang mencukupi merangsang penghasilan serotonin, mengurangkan risiko emosi negatif dan membantu mengatasi kemurungan.
  • Vitamin D juga mempertingkat daya tahan badan terhadap tekanan, menjadikannya penting dalam mengatasi masalah kemurungan.

Tidur Terganggu & Mood Tidak Stabil? Kenali Simptom Kekurangan Vitamin D

Kemurungan dan tidur saling berkait rapat. Masalah tidur seperti insomnia boleh memburukkan kemurungan, perkara ini juga merupakan simptom kekurangan Vitamin D

Vitamin D memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan masalah tidur di Malaysia:

  • Melalui pengawalan tahap Melatonin sebagai hormon semula jadi tubuh yang berperanan untuk mengatur pola tidur.
  • Dengan hormon melatonin, badan anda dapat mengenal pasti bila waktu untuk tidur dan bila untuk berjaga. 
  • Menurut National Institutes of Health (NIH), Vitamin D terlibat dalam penghasilan melatonin dan terdapat pada bahagian otak yang mengawal tidur. 
  • Vitamin D boleh mempengaruhi jumlah melatonin yang dihasilkan oleh tubuh.

Individu yang mempunyai paras vitamin D yang kurang adalah lebih berisiko untuk mengalami beberapa jenis gangguan tidur seperti kualiti tidur yang rendah, tempoh tidur yang lebih pendek, atau rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang.

Adakah Anda Golongan Berisiko kekurangan Vitamin D di Malaysia?

Kajian di kalangan populasi rakyat Malaysia menunjukkan:

  • 89% wanita hamil kekurangan Vitamin D pada awal kehamilan, meningkat kepada 96.1% semasa bersalin, yang boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin (PPD).
  • Wanita berisiko 76% lebih tinggi untuk kekurangan Vitamin D berbanding lelaki. Di kawasan bandar, 64.5% pekerja pejabat kekurangan Vitamin D berbanding 45.6% di luar bandar.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan tahap Vitamin D di dalam badan anda, antaranya ialah: 

  • Suplemen: Ambil suplemen Vitamin D3 jika disarankan doktor. Vegan boleh pilih sumplemen yang menggunakan sumber lichen. 
  • Cahaya Matahari: Luangkan masa 10-30 minit di bawah matahari beberapa kali seminggu pada waktu pagi atau petang.
  • Pemakanan: Ambil makanan kaya vitamin D seperti ikan berlemak, kuning telur, dan produk tenusu diperkaya.

Berikut merupakan cadangan pengambilan dos suplemen Vitamin D, mengikut tahap Vitamin D dalam badan anda:

Tahap Serum (ng/mL)

Status

Maksud Kesihatan

Cadangan

<5 ng/mL

Tidak dapat dikesan

Risiko sangat tinggi, perlu perhatian lanjut

Rujuk doktor untuk ujian darah

<20 ng/mL

Kekurangan (Deficient)

Risiko tinggi: letih, tidur terganggu, imuniti lemah

D3 3,000 IU/hari selama 3 bulan  


20–30 ng/mL

Tidak mencukupi

Tahap suboptimal, gejala ringan mungkin berlaku

D3 2,000 IU/hari selama 3 bulan

30–50 ng/mL

Mencukupi

Memenuhi keperluan klinikal, tetapi kurang ideal untuk emosi/tidur/tenaga

D3 1,000 IU/hari selama 3 bulan  jika jarang terdedah matahari

>50 ng/mL

Optimum

Tahap sihat, stabil

Tiada suplemen diperlukan  Kekalkan gaya hidup sihat.  Berhati-hati jika ambil Warfarin

>100 ng/mL

Berlebihan

Risiko toksisiti

Hentikan pengambilan D3 segera  Rujuk doktor

Sila rujuk doktor & ahli farmasi anda untuk nasihat yang lebih khusus mengikut keadaan individu.

Kekurangan Vitamin D boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kemurungan dan insomnia. Walaupun bukan “pil ajaib” tetapi ia boleh menjadi salah satu komponen penting yang melengkapi usaha anda yang lain, termasuk diet seimbang, senaman yang kerap, dan pengurusan stres untuk kesihatan mental yang baik. 

Jika anda kerap berasa letih atau murung, semak tahap Vitamin D anda di Alpro Pharmacy terdekat kerana pencegahan lebih baik daripada penyesalan.

 

Rujukan

Akpınar, Ş., & Karadağ, M. G. (2022). Is vitamin D important in anxiety or depression? What is the truth? Current Nutrition Reports, 11(4), 675–681. https://doi.org/10.1007/s13668-022-00441-0

Ceolin, G., Mano, G. P. R., Hames, N. S., Antunes, L. D. C., Brietzke, E., Rieger, D. K., & Moreira, J. D. (2021). Vitamin D, depressive symptoms, and COVID-19 pandemic. Frontiers in Neuroscience, 15, 670879. https://doi.org/10.3389/fnins.2021.670879

Jorde, R., Sneve, M., Figenschau, Y., Svartberg, J., & Waterloo, K. (2008). Effects of vitamin D supplementation on symptoms of depression in overweight and obese subjects: Randomized double blind trial. Journal of Internal Medicine, 264(6), 599–609. https://doi.org/10.1111/j.1365-2796.2008.02008.x

Khoraminya, N., Tehrani-Doost, M., Jazayeri, S., Hosseini, A., & Djazayery, A. (2013). Therapeutic effects of vitamin D as adjunctive therapy to fluoxetine in patients with major depressive disorder. The Australian and New Zealand Journal of Psychiatry, 47(3), 271–275. https://doi.org/10.1177/0004867412465022

Mohammadi, Y., Ansari, N., Daneshi Maskooni, M., & Amiri, M. R. (2023). Association of vitamin D with suicide behaviors: A systematic review and meta-analysis. Iranian Journal of Psychiatry, 18(4), 484–492. https://doi.org/10.18502/ijps.v18i4.13635

Mohd Saffian, S., Jamil, N. A., Mohd Tahir, N. A., & Hatah, E. (2022). Vitamin D insufficiency is high in Malaysia: A systematic review and meta-analysis of studies on vitamin D status in Malaysia. Frontiers in Nutrition, 9, 1050745. https://doi.org/10.3389/fnut.2022.1050745

Srifuengfung, M., Srifuengfung, S., Pummangura, C., Pattanaseri, K., Oon-Arom, A., & Srisurapanont, M. (2023). Efficacy and acceptability of vitamin D supplements for depressed patients: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Nutrition, 108, 111968. https://doi.org/10.1016/j.nut.2022.111968

Wilczyński, K. M., Chęcińska, K., Kulczyk, K., & Janas-Kozik, M. (2022). Vitamin D deficiency and depressive symptoms: Meta-analysis of studies. Psychiatria Polska, 56(6), 1327–1344. https://doi.org/10.12740/PP/OnlineFirst/130992

Online Resources:

CodeBlue. (2024, June). NHMS 2023: A million people aged above 15 in Malaysia suffer from depression. Galen Centre for Health & Social Policy. https://codeblue.galencentre.org/2024/06/nhms-2023-a-million-people-aged-above-15-in-malaysia-suffer-from-depression/#:~:text=The%20photos%20depicted%20in%20the,depressionmental%20healthNHMS%202023

National Center for Biotechnology Information. (n.d.). Mental health in the sun: The role of vitamin D deficiency in mental illness. Psychiatric Times. https://www.psychiatrictimes.com/view/mental-health-in-the-sun-the-role-of-vitamin-d-deficiency-in-mental-illness

National Center for Biotechnology Information. (n.d.). Vitamin D and depression in adults: Systematic review and meta-analysis. Frontiers in Nutrition. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8584834/

National Center for Biotechnology Information. (n.d.). Vitamin D and sleep regulation: A review. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9468237/

ScienceDirect. (n.d.). Vitamin D in health and disease. Seminars in Immunology. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1043661822005515#:~:text=Vitamin%20D%20is%20a%20unique,20%5D%2C%20%5B21%5D