Bercuti Dengan CGM: Pantau Glukosa Anda Walaupun Ketika Mengembara
Perjalanan Raya Boleh Ganggu Paras Gula?
“Kenapa rasa macam tak sedap badan lepas perjalanan jauh, walaupun kita rasa dah jaga makan?”
Lepas perjalanan jauh balik kampung, badan kita biasanya dah letih, kurang tidur, banyak minum kopi untuk kekal segar, dan duduk lama dalam kereta. Walaupun hati seronok jumpa keluarga, badan sebenarnya masih cuba menyesuaikan diri. Badan kita ada “jam dalaman” yang mengawal tidur, tenaga dan cara badan memproses makanan. Bila rutin berubah semasa travel dan Raya, jam badan ini boleh jadi sedikit tak selari, sebab itu paras gula kadang-kadang jadi lebih mudah naik dan turun.
Apa Jadi Pada Paras Gula?
Bayangkan kita makan tengah hari pukul 1 petang pada Hari Raya.
Tetapi sistem pencernaan dalam badan sebenarnya masih “ingat” waktu itu seperti awal pagi. Apabila ini berlaku:
✅ Insulin mungkin dilepaskan lebih perlahan
✅ Badan kurang cekap menguruskan gula
✅ Paras gula lebih mudah naik
Sebab itu ada orang rasa mengantuk, penat atau cepat kenyang selepas makan ketika travel.
“Travel Spike” — Bila Gula Jadi Tak Menentu

Tak perlu panik. Kenaikan gula semasa travel biasanya hanya sementara.
Di sinilah Continuous Glucose Monitor (CGM) boleh membantu. CGM ialah alat kecil yang dipakai pada lengan untuk memantau paras gula sepanjang hari. Ia membantu kita melihat bagaimana badan bertindak balas terhadap makanan, tidur, stres dan pergerakan.
Paras gula sebenarnya sangat dinamik dan boleh berubah bergantung kepada keadaan badan dan persekitaran.
Semasa travel, ada beberapa corak kenaikan gula yang biasa berlaku.
1. “Invisible Hill” — Gula Naik Walaupun Belum Makan
Kadang-kadang paras gula boleh naik walaupun kita belum makan.
Ini boleh berlaku kerana stres semasa perjalanan. Apabila badan stres, hormon tertentu memberi isyarat kepada hati untuk melepaskan gula simpanan sebagai tenaga.
2. “Skyscraper” — Lonjakan Gula Mendadak
Ada juga situasi di mana kita makan makanan yang agak seimbang tetapi paras gula tetap naik dengan cepat.
Ini boleh berlaku apabila kita kurang tidur dan duduk terlalu lama semasa perjalanan. Dalam keadaan ini, badan mungkin kurang respons kepada insulin boleh menyebabkan lonjakan gula dalam darah.
3. “Ghost Rise” — Gula Naik Tanpa Sebab
Kadang-kadang paras gula boleh naik walaupun kita tak pasti sebabnya.
Ini mungkin berlaku kerana badan masih menyesuaikan diri dengan perubahan rutin. Hati boleh melepaskan gula seperti rutin biasa badan pada waktu pagi.
Tips Mudah Kawal Paras Gula Semasa Travel
Perubahan kecil boleh memberi kesan besar.
1. Jangan Makan Hanya Kerana Makanan Dihidangkan
- Tangguh dulu makan berat supaya paras gula lebih stabil.
2. Jalan Santai Selepas Makan
- Jalan santai selama 10-15 minit boleh bantu kurangkan lonjakan gula.
3. Minum Air Secukupnya
- Minum air secukupnya membantu badan kekal segar dan membantu menstabilkan paras gula.
4. CGM: Teman Perjalanan Anda
- Pantau gula secara nyata, fahami reaksi badan dan bantu membuat pilihan yang lebih bijak.

