Alpro Lancar Prof. Slow untuk Bantu Rakyat Malaysia Menjadikan Nasi Lebih Mesra Gula dalam Darah

Alpro Lancar Prof. Slow untuk Bantu Rakyat Malaysia Menjadikan Nasi Lebih Mesra Gula dalam Darah

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 8 September 2025 - Pakar Pemakanan dan Ahli Dietetik Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan satu solusi pemakanan klinikal bagi menangani salah satu cabaran kesihatan terbesar negara: diabetes. Dikenali sebagai Prof. Slow Smart Fibre, serbuk fungsian ini mampu menurunkan indeks glisemik (GI) nasi sehingga 38%, membolehkan seisi keluarga terus menikmati makanan ruji sambil mengekalkan paras gula darah yang lebih stabil.

(Dari Kiri: Ms. Michelle Zhang (Pengarah Perniagaan Luar Negara, Prof. Slow); Ahli Farmasi Lim En Ni (Ketua Ahli Farmasi, Pengarah Engagement Alpro Pharmacy); Mr. Jim Li (Ketua Pegawai Operasi, Prof. Slow); Mr. Eric Huang (Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Slow); Dr. Wong Poh Shean (Pakar Endokrinologi Perubatan Dalaman, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Naib Presiden Diabetes Malaysia Negeri Sembilan); Mr. Terry Lee (Ketua Pegawai Eksekutif, BMS Organics); Ms. Tan Bee Lang (Pengurus Jabatan Jualan Korporat & Latihan, BMS Organics); Ms. Chua Kai Jia (Pengurus Penjagaan & Pembangunan Profesional, Alpro Pharmacy); Ahli Farmasi Low Swee Siong (Ketua Pegawai Eksekutif, Alpro Pharmacy)

"Kesihatan bukanlah soal memaksa peraturan, tetapi tentang menyediakan pilihan yang lebih baik," kata Ahli Dietetik Chua Kai Jia, Pengurus Profesional Care & Development di Alpro Pharmacy. "Dengan Prof. Slow, rakyat Malaysia tidak perlu memilih antara budaya dan kesihatan mereka. Kami memberikan cara untuk menikmati nasi sambil menguruskan paras glukosa dengan lebih berkesan."

Pelancaran ini hadir pada waktu yang kritikal untuk kesihatan awam negara. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, 15.6% orang dewasa Malaysia — kira-kira 1 daripada 6 — kini hidup dengan diabetes. Unjuran awal memberi amaran bahawa menjelang 2025, lebih 7 juta rakyat Malaysia (atau 31.3% orang dewasa) akan terjejas, satu angka yang kini dilihat semakin hampir. Selain beban kesihatan, kesannya terhadap ekonomi juga besar: laporan bersama Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan RM9.65 bilion dibelanjakan setiap tahun bagi rawatan diabetes, penyakit kardiovaskular, dan kanser, manakala RM8.91 bilion lagi hilang akibat pengurangan produktiviti dan ketidakhadiran kerja.

Pemakanan kekal sebagai faktor utama dalam trend ini. Nasi putih, mi, minuman manis, dan karbohidrat terproses mendominasi diet harian rakyat Malaysia, sementara pengambilan serat pula amat rendah. Lebih 84.6% orang dewasa mengambil kurang daripada 25-gram serat harian yang disarankan WHO, dengan purata pengambilan hanya sekitar 6.9 – 7.8 gram. Dalam masa yang sama, lebih 64% rakyat Malaysia menikmati sekurang-kurangnya satu hidangan harian di luar rumah, di mana nilai GI dan ketelusan pemakanan jarang tersedia, sekali gus menyukarkan pengurusan paras gula dalam darah.

Pakar kesihatan menekankan kepentingan solusi yang lengkap di samping pengambilan ubat-ubatan. "Dengan 1 daripada 6 rakyat Malaysia kini hidup dengan diabetes, amat penting untuk menggabungkan perubahan gaya hidup bersama ubat preskripsi," kata Dr. Wong Poh Shean, Pakar Endokrinologi Perubatan Dalaman di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Naib Presiden Diabetes Malaysia (Negeri Sembilan). "Bagi memastikan kelestarian tabiat pemakanan sihat, pendekatan praktikal terhadap makanan adalah sangat penting. Ini akan membolehkan pesakit terus menikmati makanan ruji seperti nasi."

Prof. Slow merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Alpro terhadap penjagaan kesihatan pencegahan melalui pemakanan. Rangkaian ini turut merangkumi W-Cookies, snek tinggi serat dengan hanya 50 kcal setiap hidangan, serta Chia Seed Peanut Butter Jam, sapuan semula jadi tanpa garam, gula, atau perisa tiruan tambahan. Walaupun bukan bertujuan sebagai rawatan perubatan, produk-produk ini dibangunkan untuk menyokong rutin pemakanan sihat, khususnya bagi individu yang mengawal paras gula darah atau mengurangkan beban glisemik.

Secara keseluruhannya, solusi ini menutup jurang pemakanan rakyat Malaysia dengan menjadikan gaya hidup seimbang lebih mudah dicapai dan mampan. Produk Prof. Slow kini boleh didapati di semua Alpro Pharmacy, Alpro Sugiスギ Pharmacy, dan BMS Organics.
Hashtags: #Alpro
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Tentang Alpro Pharmacy

Bermula dengan satu cawangan farmasi di bandar kecil Port Dickson pada tahun 2002, Alpro Pharmacy kini merupakan rangkaian farmasi komuniti yang berkembang dengan menyediakan solusi penjagaan kesihatan primer yang menyeluruh melalui lebih 300 cawangan termasuk Alpro Pharmacy, Alpro Clinic, Alpro Physio dan Alpro Baby, di platform dalam talian dan luar talian di seluruh negara. Ia disokong oleh lebih daripada 650 profesional kesihatan, termasuk doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, dietitian, ahli fisioterapi dan banyak lagi profesional kesihatan.

Melayani lebih daripada 3 juta keluarga di Malaysia, Alpro Pharmacy adalah farmasi komuniti pertama dan satu-satunya di negara ini yang menyediakan insurans liabiliti produk bernilai RM1 juta untuk melindungi bekalan ubat-ubatan asli. Dengan lebih 500,000 preskripsi diproses setiap tahun, Alpro Pharmacy juga merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.alpropharmacy.com.