Lebih 60% Rakyat Malaysia Kekurangan Vitamin D Alpro Pharmacy Taja RM1.6 Juta Bagi Projek :D Tangani Krisis Senyap Vitamin D di Malaysia

Biarpun Malaysia jadi antara negara yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun, kedudukan itu tidak menidakkan penduduk negara daripada berdepan krisis kekurangan Vitamin D. Tahukah anda ketika ini, sekitar 64% rakyat Malaysia kini memiliki paras Vitamin D yang tidak mencukupi dan lebih 20% pula berdepan kekurangan yang serius.
Data di bawah International Journal of Environmental Research & Public Health ini menurut Alpro Pharmacy – berlaku susulan lebih ramai meluangkan kebanyakkan masa mereka di dalam bangunan, kesan pemakaian tertutup mengehadkan pendedahan kepada vitamin, aktiviti riadah yang lebih rendah dan gaya pemakanan yang tidak seimbang membawa kepada penyakit obesiti telah menjadi punca memperlahankan perolehan Vitamin D kalangan penduduk negara.
Maka untuk mengatasi isu kekurangan Vitamin D kalangan penduduk Malaysia ini – Alpro Pharmacy kini mengumumkan laksana Project : D bersama tajaan RM1.6 juta bermula September 2025 ini dengan 30 cawangan perintis sebelum diperluas secara menyeluruh pada Oktober 2025 kelak. Pelaburan ini bertujuan menjadikan ujian dan pendidikan mengenai Vitamin D lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia – dengan menyasarkan saringan terhadap 30,000 orang, meningkatkan kesedaran awam serta menyediakan kaunseling peribadi oleh ahli farmasi, doktor dan pakar diet.
Peranan ini penting untuk dipenuhi bagi memastikan kumpulan penduduk berisiko seperti warga emas dan ibu mengandung tidak berdepan isu yang lebih kronik. Untuk pengetahuan umum, kekurangan Vitamin D boleh melemahkan tulang, meningkatkan risiko patah dan cenderung membawa kepada isu kencing manis, pra-eklampsia kepada ibu dan anak.
Jelas Alpro Pharmacy, untuk kumpulan berisiko ini – pihaknya akan menawarkan khidmat kesihatan saringan pada kos RM1 sahaja manakala RM15 untuk orang awam bagi melaksanakan ujian dan perolehi khidmat nasihat profesional bersama pelan kesihatan. Kos ini sekaligus akan membantu semua penduduk Malaysia mendepani tekanan kos sara hidup semasa dan miliki caj perubatan asas yang lebih rendah di pasaran semasa.
Berlandaskan komitmen itu, Alpro turut laksana kerjasama dengan institusi pendidikan negara bagi menambahbaik matlamat projek ini. Antaranya kerjasama dengan Unversiti Perubatan Antarabangsa (IMU) bagi menjalankan penyelidikan peranan Vitamin D ke atas kesihatan ibu dan anak sementara kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula akan menjalankan penyelidikan berhubung penjagaan libat warga emas. Bersama perluasan kerjasama itu, ia secara langsung akan memberi nilai tambah kepada Alpro untuk memahami keperluan perubatan sewajar buat pengguna di Malaysia di masa hadapan.