Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 21 May 2025 – 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia mempunyai pra-diabetes tanpa disedari, dimana mencetuskan negara menghadapi satu krisis kesihatan yang semakin membimbangkan. Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 10 individu dengan pra-diabetes akan menghidap diabetes jenis 2 dalam masa setahun manakala sekitar 70% akan berkembang menjadi diabetes dalam tempoh sedekad jika tiada tindakan diambil. (Sumber: Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019; Persekutuan Diabetes Antarabangsa)
(Dari kiri: Pakar Pemakanan Chua Kai Jia (Pengurus Amalan & Perkembangan Farmasi, Alpro Pharmacy); Ahli Farmasi Anson Tan (Pengurus Kategori, Alpro Pharmacy); Encik Yan Xiangrong (Pengurus Negara, Yuwell Malaysia); Encik Nicholas Tham (Pengarah Komersial, Ethos Healthcare); Profesor Dr. Hasniza (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaya); Cik Pixie Yee (Pengarah Urusan, Merck Malaysia & Pengurus Besar, Merck Healthcare Malaysia dan Singapura); Cik Elsie Low (Pengurus Besar, Powerlife Malaysia); Ahli Farmasi Ng Yi Ling (Pengurus Amalan & Perkembangan Farmasi, Alpro Pharmacy))
Sebagai langkah proaktif terhadap keperluan situasi ini, Alpro Farmasi telah melancarkan Program ASAP (Alpro Stand Against Prediabetes), satu kempen kesihatan nasional yang bermula pada April 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awal, menggalakkan saringan tepat pada masanya, dan menyediakan rawatan profesional yang mudah diakses bagi membantu rakyat Malaysia mengembalikan keadaan pra-diabetes sebelum ianya menjadi penyakit seumur hidup.
Sebagai komitmen dalam kempen ini, Alpro menawarkan 10,000 ujian HbA1c secara percuma kepada individu berisiko tinggi di lebih 300 cawangan Alpro seluruh negara, bermula April hingga Jun 2025.
Program ASAP memberi tumpuan kepada mereka yang mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga dan mereka yang berisiko tinggi disebabkan oleh faktor umur atau berat badan. Para peserta berpotensi untuk mengembalikan keadaan kesihatan mereka melalui pengesanan awal serta bimbingan oleh ahli farmasi, nasihat pemakanan dan pengubahsuaian gaya hidup.
Selain tindakan individu, program ini turut memperkukuhkan peranan penting penyedia penjagaan primer termasuk ahli farmasi komuniti, pakar pemakanan komuniti dan pengamal perubatan am dalam menyampaikan penjagaan kesihatan pencegahan terus kepada masyarakat. Bagi menyediakan intervensi awal kepada komuniti, program ini memastikan keperluan yang mudah diakses, tepat pada masanya dan bersepadu.
Usaha nasional ini dijayakan melalui kerjasama pelbagai disiplin antara Alpro Farmasi, Merck Sdn. Bhd., Universiti Malaya, Yuwell Malaysia, Ethos Healthcare dan Powerlife Malaysia. Dengan visi yang sama dalam penjagaan kesihatan pencegahan, kerjasama ini menghimpunkan inovasi perubatan, teknologi kesihatan digital, penyelidikan akademik dan sains pemakanan dalam menangani salah satu cabaran masalah kesihatan yang kronik di Malaysia.
“Pra-diabetes bukanlah hukuman seumur hidup, ia adalah peluang kedua,” kata Ph. Lim En Ni, Ketua Ahli Farmasi dan Pengarah Perhubungan Pelanggan Alpro Farmasi. “Melalui Program ASAP, kami mendekati masyarakat sebelum diabetes menyerang dengan menyediakan pemeriksaan, intervensi, dan sokongan berterusan untuk membantu mereka melakukan perubahan yang berkekalan. Matlamat kami adalah jelas iaitu menghentikan diabetes sebelum ia bermula.”
Bagi Merck Sdn. Bhd., program ini sejajar dengan komitmen mereka terhadap intervensi awal bagi penyakit kronik.”Program ASAP menjadikan pencegahan awal satu tindakan jelas di lapangan yang diketuai oleh ahli farmasi,” kata Cik Pixie Yee, Pengarah Urusan Merck Malaysia dan Pengurus Besar Merck Healthcare Malaysia dan Singapura.”Ini adalah bermakna kerana ia mencapai individu sebelum komplikasi bermula. Sebagai peneraju penjagaan kesihatan, kita perlu beralih daripada rawatan lewat kepada pemerkasaan rawatan awal.”
Salah satu komponen utama dalam kempen ini adalah kerjasama penyelidikan bersama Universiti Malaya untuk menilai keberkesanan intervensi yang diketuai oleh ahli farmasi dalam mengenal pasti dan mengurus pra-diabetes. Kajian ini meneliti bagaimana saringan HbA1c bersama panduan farmakologi serta gaya hidup, dapat melambatkan malah menghalang berlakunya diabetes jenis 2. Penemuan ini dijangka dapat membantu membentuk strategi penjagaan kesihatan negara pada masa depan serta menyokong piawaian pencegahan penyakit kronik berdasarkan farmasi di Malaysia. “Kempen ini lebih daripada sekadar kesedaran, ia adalah peluang untuk membuktikan peranan ahli farmasi dalam pencegahan penyakit kronik,” kata Profesor Dr. Hasniza, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya.
Program ASAP membawa mesej kesihatan awam yang jelas dan penting: pra-diabetes boleh diterbalikkan, tindakan awal adalah penting, dan jangan tunggu gejala untuk mendapatkan bantuan. Melalui sokongan profesional dan saringan percuma yang mudah didapati di seluruh negara, kempen ini membuktikan bahawa diabetes boleh dihentikan sebelum ia bermula.
Orang ramai disarankan untuk menyertai program ini dengan mengunjungi mana-mana cawangan Alpro Pharmacy sepanjang tempoh kempen. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, kelayakan dan lokasi cawangan, sila layari: https://bit.ly/AlproASAP .
Ayuh bertindak segera (ASAP)—kerana cara terbaik melawan diabetes adalah menghentikannya sebelum ia bermula.
Hashtags: #alpro
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Bermula dengan satu cawangan farmasi di bandar kecil Port Dickson pada tahun 2002, Alpro Pharmacy kini merupakan rangkaian farmasi komuniti yang berkembang dengan menyediakan solusi penjagaan kesihatan primer yang menyeluruh melalui lebih 300 cawangan termasuk Alpro Pharmacy, Alpro Clinic, Alpro Physio dan Alpro Baby, di platform dalam talian dan luar talian di seluruh negara. Ia disokong oleh lebih daripada 650 profesional kesihatan, termasuk doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, dietitian, ahli fisioterapi dan banyak lagi profesional kesihatan.
Melayani lebih daripada 3 juta keluarga di Malaysia, Alpro Pharmacy adalah farmasi komuniti pertama dan satu-satunya di negara ini yang menyediakan insurans liabiliti produk bernilai RM1 juta untuk melindungi bekalan ubat-ubatan asli. Dengan lebih 500,000 preskripsi diproses setiap tahun, Alpro Pharmacy juga merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.alpropharmacy.com.
1 in 4 Malaysians at Risk: Alpro Pharmacy Leads National Movement to Reverse Prediabetes
May 22, 2025
1 in 4 Malaysians at Risk: Alpro Pharmacy Leads National Movement to Reverse Prediabetes
May 22, 2025
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Alpro Alliance Sdn. Bhd. (1015456-V)