Alpro Foundation & Elianware Sokong Impian Kanak-Kanak Yang Memerlukan Menerusi Projek Amal

By Alpro Pharmacy

June 20, 2022

Alpro Foundation dan Elianware dilihat hadir dengan sebuah projek amal yang dinamakan sebagai The Growing Stars. Melalui projek ini, dana akan dikumpul bagi membantu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan untuk kembali ke sekolah.

Sehingga kini, sebanyak 149 orang kanak-kanak telah disokong dan dibantu oleh kedua-dua organisasi dalam menyediakan segala kelengkapan persekolahan dan keperluan diri sejak dari bermulanya pandemik.

Bergerak ke hadapan, Alpro Foundation dan Elianware menyasarkan untuk menyokong sekurang-kurangnya 300 pelajar untuk tahun 2022 melalui projek The Growing Stars.

Sepanjang projek ini berjalan, pelanggan atau mana-mana individu boleh melakukan pembelian botol eksklusif daripada Alpro Foundation X Elianware pada harga hanya RM29.90 sebotol.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu kunjungi ke laman rasmi Alpro Pharmacy dan pergi ke bahagian One Click dan tekan tab Lifestyle. Anda boleh menatal senarai yang ditawarkan dan memilih produk Alpro Foundation Elianware Charity Bottle 1L dan kemudian masukkannya ke dalam bakul pembelian.

Dengan bantuan dan sokongan anda, ia dijangka dapat membantu seramai mungkin kanak-kanak yang memerlukan dalam mendapatkan akses kepada pendidikan dengan mudah dan selesa.

Read Original Article: Tajria

Generate Cart URL
Whatsapp