Pesakit yang kehilangan salinan preskripsi fizikal serta menghadapi kesukaran mendapatkan semula senarai ubat mereka boleh mendapatkannya semula jika sejarah ubat mereka telah disimpan di farmasi komuniti terdekat. Ubat-ubatan kronik, khususnya, memerlukan pematuhan dan konsistensi untuk memberikan hasil yang optimum.
 
Bagi mereka yang mempunyai ubat kronik yang telah tercemar atau dihanyutkan oleh banjir, Alpro menyediakan bekalan sehingga 7 hari secara percuma. Mereka yang terjejas dengan bencana banjir boleh mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurusan dengan ahli farmasi serta mendapatkan butiran lanjut. Salinan laporan polis mengenai situasi banjir mereka juga diperlukan untuk tujuan pengesahan.
 
Ubat-ubatan dan bantuan perubatan percuma adalah inisiatif di bawah Program Penjagaan Ubat-Ubat demi menyelamatkan nyawa – komitmen Alpro dan DOC2US yang telah diwujudkan sekian lama untuk memberikan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam.
 
Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dialu-alukan untuk menyimpan nombor telefon Talian Khidmat Pelanggan kami iaitu 019-612 9006 untuk mendapatkan nasihat dan sokongan. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi ahli farmasi profesional kami melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-702 1923.
 
Kekal selamat.
 
Lim En Ni
Chief Pharmacist and Director of Engagement
22 DISEMBER 2022