Alpro Pharmacy tawar pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan Occu-AI

By Alpro Pharmacy

December 8, 2023

KUALA LUMPUR 8 Dis – Alpro Pharmacy menjalinkan kerjasama dengan Airdoc Technology (HK) dan Ethos Healthcare bagi menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan Occu-AI bagi pengesanan awal potensi penyakit kronik.

Occu-AI merupakan teknologi transformatif pertama di Malaysia yang menggunakan imej retina yang bertujuan menyediakan pendekatan proaktif kepada pengurusan kesihatan.

Pendekatan baharu itu melangkaui kaedah tradisional dengan menggunakan teknologi canggih bagi menjana data dan analisis yang bermakna.

Inovasi itu juga dapat membantu ahli farmasi dalam mengesan risiko kesihatan dengan pantas dan tepat pada peringkat awal melalui imej retina tanpa invasif.

Kaedah pengesanan lanjutan ini boleh mendedahkan pelbagai masalah kesihatan, termasuklah tanda-tanda awal penyakit seperti diabetes, gangguan kognitif, gangguan penglihatan makula dan risiko bahan zarahan inhalasi.

Pengarah Projek Occu-AI Alpro Pharmacy, Then Ru Luen berkata, pihaknya berbesar hati bahawa mereka adalah farmasi pertama di Malaysia memperkenalkan inovasi itu.

“Teknologi itu ini bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan ahli farmasi dalam memahami
kesihatan masyarakat secara progresif dan konsisten, tetapi juga membolehkan mereka
menyediakan pemeriksaan kesihatan yang kerap dan percuma. 

“Pasukan Alpro berazam untuk meluaskan ketersediaan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan Occu-AI ini di seluruh negara menjelang 2024,” katanya dalam satu kenytaan.

Kini, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan Occu-AI boleh didapati di cawangan Alpro yang terpilih termasuk Alpro Pharmacy dan Alpro Clinic.

Read more: DagangNews.com

 

Generate Cart URL
Whatsapp