KKM batal, tarik balik produk ada Pholcodine

By Alpro Pharmacy

March 22, 2023

Lim En Ni

KUALA LUMPUR — Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan tentang pembatalan dan penarikan balik produk Pholcodine.

Pholcodine merupakan ubat opioid yang digunakan untuk rawatan batuk tidak produktif (kering) bersama-sama kombinasi bahan aktif lain, untuk merawat gejala demam dan selesema, kata Ketua Pegawai Farmasi Lim En Ni dalam kenyataannya di sini.

Faktor penarikan balik mungkin berpunca daripada interaksi ubat dengan Agen Penyekat
Neuromuskular – yang biasanya sebahagian daripada kandungan ubat dalam Anestesia Am semasa pembedahan, dan menyebabkan anafilaksis jika pesakit mengambil produk yang mengandungi Pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.

Anafilaksis adalah tindak balas alahan yang serius dan mengancam nyawa.
Memandangkan keselamatan ubat adalah keutamaan di Farmasi Alpro, kami ingin memaklum dan menasihati orang ramai secara proaktif :

  1. Bagi pengguna yang telah membeli ubat dan belum menggunakannya, mereka boleh membawa ubat tersebut kembali ke farmasi atau ke pusat kesihatan yang telah membekalkan ubat tersebut.
  2. Bagi pengguna yang telah menggunakan ubat Pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu, mereka digalakkan untuk ke komuniti farmasi berdekatan bagi mendapatkan senarai ubat untuk diberikan kepada pakar bedah atau doktor apabila pembedahan diperlukan.
  3. Jika pengguna tidak pasti sama ada ubat yang mereka ambil mengandungi Pholcodine, sila pergi ke komuniti Farmasi terdekat atau hubungi perkhidmatan Alpro ePharmacy untuk maklumat lebih lanjut.

Alternatif lain untuk ubat batuk kering yang boleh didapati di pasaran, orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Alpro Pharmacy atau mendapat pandangan daripada ahli farmasi profesional kami melalui talian WhatsApp e-farmasi di 019-702 1923.

— BebasNews

Generate Cart URL
Whatsapp