48,639 Kes Kanser Di Malaysia Pada Tahun 2022 – Alpro Pharmacy, NCSM Komited Dalam Mengurangkan Beban Kewangan

By Alpro Pharmacy

June 14, 2023

Satu daripada setiap 10 rakyat Malaysia berpotensi dijangkiti kanser dalam masa hidup mereka. Pada tahun 2022, Malaysia melaporkan 48,639 kes kanser baru dan angka tersebut diramalkan akan terus meningkat menjelang tahun 2024.

Bagi meningkatkan kesedaran kanser, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Farmasi Alpro, dan pertubuhan bukan kerajaan kanser pertama di negara ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), telah bekerjasama untuk meningkatkan peluang pesakit kanser melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU).

Menurut Alpro Pharmacy, mereka akan terus komited dalam memberi keutamaan kepada kesejahteraan orang ramai lebih-lebih lagi bagi pesakit kanser dan keluarga yang mengalami beban kewangan disebabkan rawatan dan kos ubat-ubatan.

Bagi meringankan beban mereka, Alpro Pharmacy bekerjasama dengan pengedar dan pembekal untuk memberi harga istimewa dan bagi memastikan ubat-ubatan ini ditawarkan pada harga lebih berpatutan, farmasi ini dikatakan tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripadanya.

Selain itu, Alpro Pharmacy juga turut menaja makanan tambahan nutrisi (ONS) yang bernilai RM 200,000 kepada NCSM, seiring usaha memperkuatkan NCSM dalam menyediakan sokongan nutrisi yang sangat diperlukan kepada pesakit kanser dan sekaligus menambahbaik kualiti hidup mereka.

Untuk memudahkan sokongan yang khusus bagi pesakit kanser dan keluarga mereka, Alpro telah menubuhkan ONCOHelp – one-stop center bagi pesakit kanser. Pasukan pusat ONCOHelp, yang terdiri daripada profesional penjagaan kesihatan termasuk doktor, ahli farmasi, fisioterapis, pakar pemakanan, dan ahli dietetik, akan menyediakan perkhidmatan panduan pesakit serta membantu dalam permohonan pembiayaan untuk pesakit yang layak dan memberikan sokongan holistik perubatan selama 365 hari secara percuma untuk pesakit yang berdaftar. -Lina Rosli

Untuk maklumat lanjut tentang ONCOHelp, anda boleh menghubungi pakar dari Alpro Pharmacy melalui: panggilan telefon atau WhatsApp di 010-2620192 atau melalui emel di oncohelp @alpropharmacy.com.

Generate Cart URL
Whatsapp