Alpro, Sugi buka farmasi konsep Jepun pertama Malaysia di The Starling Mall

By Alpro Pharmacy

October 27, 2023

KUALA LUMPUR 27 Okt – Kumpulan Alpro dan Sugi Holdings Co Ltd telah membuka farmasi konsep Jepun pertama Malaysia, Farmasi Alpro Sugi, di pusat beli-belah The Starling Mall, Petaling Jaya.

Sugi merupakan rangkaian farmasi Jepun yang memiliki 1,600 cawangan, manakala Alpro ialah _syarikat induk rantaian farmasi preskripsi di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Alpro berkata pembukaan Farmasi Alpro Sugi seluas 3,888 kaki persegi tersebut adalah susulan pemeteraian kerjasama kedua-dua syarikat pada 2022 bagi memperkenalkan perkhidmatan dimensi baharu dalam penjagaan kesihatan yang melangkaui tawaran farmasi konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alpro, Low Swee Siong berkata farmasi itu adalah komitmen syarikat untuk menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsep baharu yang memberikan keshatan, kepercayaan dan keselamatan kepada pengguna.

Low Swee Siong (dua dari kanan) merasmikan majlis pemotongan reben untuk melancarkan pembukaan Farmasi Alpro Sugi yang pertama di Malaysia

“Sementara kami berusaha membuka lebih banyak farmasi penjagaan kesihatan Jepun di dalam negara, kami juga merancang untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia, ujar beliau.

Cawangan Farmasi Alpro Sugi kedua dijadualkan dibuka kepada orang ramai pada hujung minggu ini di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Kedua-dua farmasi di Petaling Jaya dan Johor akan melakukan pelancaran serentak produk kesihatan dan kecantikan buatan Jepun yang terkenal serta produk penjagaan rumah dan penjagaan bayi.

Read more: DagangNews.com

 

Generate Cart URL
Whatsapp