Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
health
Penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) berlaku apabila asid yang mengandungi kandungan makanan dari dalam perut tertolak kembali ke esofagus lalu menyebabkan iritasi pada dinding esofagus.[3]
Esofagus adalah satu tiub yang menyambungkan mulut dengan perut & “esophageal sphincter” atau injap esofagus berfungsi untuk mengawal kemasukan makanan ke dalam perut. Apabila kita menelan, makanan akan melalui tiub esofagus dan injap esofagus akan mengembang supaya makanan boleh masuk ke dalam perut. Kemudian injap esofagus akan tertutup semula. Apabila injap esofagus menjadi lemah, fungsinya sebagai penghalang antara esofagus dan perut akan terjejas, menyebabkan asid dari perut tertolak semula ke dalam tiub esofagus. [3] (Rujuk rajah di bawah)[4]
Kebanyakan daripada kita akan pernah mengalami masalah asid refluk dan ianya adalah situasi yang normal. Tetapi jika asid refluk tersebut berlaku lebih dari 2-3 kali seminggu dan berlarutan selama beberapa minggu, anda mungkin menghidap gastroesophageal reflux disease (GERD).[3]
Sesiapa sahaja boleh menghidap masalah GERD, tetapi ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat GERD. Antaranya adalah:
Setiap orang akan mengalami gejala GERD yg berbeza. Antara gejala yang paling biasa dihidapi oleh pesakit adalah:
Kanak-kanak dan bayi juga boleh menghidap gejala yang sama seperti GERD seperti orang dewasa. Kajian menunjukkan hampir 10 peratus kanak-kanak menghidap GERD sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ianya juga berlaku dengan lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas. [2] Antara gejala yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak atau bayi adalah:
GERD boleh dirawat melalui ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup. Antara ubat ubatan yang boleh digunakan untuk GERD adalah antasids (untuk meneutralkan asid perut), H-2-receptor blockers (untuk mengurangkan pembuatan asid), proton pump inhibitors (mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh) dan ubat untuk menguatkan otot di injap esofagus seperti baclofen.
Adalah penting juga untuk penghidap GERD mengubah gaya hidup mereka yang menjadi risiko kepada terjadinya gejala GERD seperti:
1. Pesakit GERD dinasihatkan untuk mengekalkan berat badan ideal atau menurunkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar pemakanan atau ahli nutrisi jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan dengan selamat dan efektif. [6]
2. Bagi pesakit GERD yg merokok, mereka disarankan untuk berhenti merokok kerana merokok boleh menyebabkan injap esofagus menjadi lemah. Kajian juga menunjukkan 43.9 peratus pesakit GERD yg merokok, mengalami pengurangan simptom GERD dalam masa setahun selepas mereka berhenti merokok. [7]
3. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, pedas, minuman beralkohol atau kopi.
4. Bagi pesakit yang kerap mendapat simptom GERD pada waktu malam, anda dinasihatkan untuk meninggikan bantal di kepala sewaktu berbaring dan makan malam haruslah diambil sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu tidur. [1]
Bagi penghidap GERD yg kronik, doktor mungkin akan menawarkan rawatan lain seperti pembedahan atau prosedur lain. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi di farmasi Alpro berdekatan bagi mengenal pasti rawatan mana yang sesuai untuk anda.
Anda juga boleh melakukan ujian untuk mengenal pasti jika anda sedang menghidap penyakit GERD di laman sesawang https://bit.ly/alpro_GerdQassessment. Maklumat ini bukan pengganti kepada nasihat doktor. Penilaian GerdQ perlulah dilakukan dibawah pengawasan doktor atau ahli farmasi.
Penyakit GERD yg berlarutan dalam jangka masa lama boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius. Anda disarankan untuk terus pergi merujuk kepada doktor jika anda mengalami gejala-gejala tersebut:
Kesimpulannya, setiap orang akan pernah menghidapi penyakit GERD samada bayi, kanak-kanak atau dewasa. Adalah penting untuk anda berbincang dengan pakar kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.
Jika anda perlukan konsultasi untuk pemakanan yang sesuai untuk GERD atau bercadang untuk menurunkan berat badan dengan berkesan dan selamat, anda juga boleh berbincang dengan pakar pemakanan & pakar nutrisi kami di Farmasi Alpro yang berdekatan dengan anda.
MY-12186_AUG2023
Rujukan
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.