health

Keliru Cara Ambil Ubat Ketika Berpuasa?

By Alpro Pharmacy

March 2, 2024

Alamak! Bulan puasa dah nak tiba. Macam mana nak makan ubat yang doktor bagi ni? Ubat waktu siang takyah makan ke? 😱

Haa. Mungkin ramai pesakit yang mengambil ubat-ubatan mengalami masalah sebegini. Tak tahu waktu bila nak kena makan ubat di bulan puasa.

Jangan risau! Kita akan bantu rungkaikan kaedah pengambilan ubat semasa berpuasa kepada anda. TAPI, pastikan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang jadual pemakanan dan dos ubat bagi bulan Ramadhan sebelum membuat apa-apa perubahan. 

Kewajiban berpuasa pada waktu siang tidak bermakna pesakit boleh meninggalkan pengambilan ubat-ubatan, terutama bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes. Ubat perlu diambil dengan mengubah suai waktu pengambilan agar penyakit kronik sentiasa terkawal. 

Berikut merupakan panduan umum pengambilan ubat mengikut kesesuaian waktu makan pada bulan Ramadan bagi ubat yang perlu dimakan atau diminum:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.

Rujukan

a. Patuhi pengambilan ubat-ubatan walaupun berpuasa | KYM Portal. (n.d.). https://knowyourmedicine.gov.my/index.php/ms/kymarticle/patuhi-pengambilan-ubat-ubatan-walaupun-berpuasa

b.Panduan Mengambil Ubat-ubatan Semasa Bulan Ramadhan. (n.d.). Program Perkhidmatan Farmasi. https://pharmacy.moh.gov.my/ms/media-video/panduan-mengambil-ubat-ubatan-semasa-bulan-ramadhan.html

Generate Cart URL
Whatsapp