health

know-your-products

Tiada lagi masalah rambut gugur, kelemumur dan beruban!

By Goh Chai Xiang

February 5, 2021

Syampu Olivia untuk rambut sihat, tiada masalah rambut gugur, kelemumur dan beruban.

Rambut memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.  Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.

Namun begitu, masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur dan beruban boleh menyebabkan rasa malu, rendah diri dan mempengaruhi keyakinan seseorang. 

Ada masalah rambut macam ini?

Apakah sebab berlakunya?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah rambut, seperti

  • Kekurangan nutrisi
  • Tekanan emosi
  • Hormon tidak stabil
  • Masalah kesihatan
  • Genetik
  • Produk rambut tidak sesuai
Olivia syampu untuk rambut sihat.

Tanda-Tanda Rambut Bermasalah

1. Rambut Gugur

  • Penipisan rambut pada kulit kepala
  • Surutan garis rambut
  • Kehilangan rambut dalam tompok
  • Patahan rambut

2. Rambut Kelemumur

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas (kelemumur)
  • Kelemumur pada rambut, bahu dan pakaian
  • Rambut jenis berminyak

3. Rambut Beruban

  • Rambut hitam yang lebih tebal gugur
  • Diganti dengan uban halus. 

Jika ada tanda-tanda tersebut, izinkan saya kongsikan 3 cara untuk rambut sihat. Jangan biarkan keyakinan diri tercalar dengan masalah ini.

  • Tak perlu bersusah-susah
  • Tak perlu ikut petua orang lama
  • Tak perlu berhabis duit

3 Cara Untuk Rambut Sihat

1. Pemakanan seimbang

Rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin yang dihasilkan dalam folikel rambut di lapisan luar kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut, digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan vitamin (suplemen).

Menurut kajian, khasiat spirulina dan chlorella untuk tubuh badan diiktiraf seluruh dunia. Kedua-duanya adalah sumber makanan yang kaya dengan protein dan antioksidan yang berfaedah, B-vitamin dan nutrisi lain. Nutrisi yang mencukupi mampu menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.

Olivia syampu untuk rambut sihat.

2. Mengeringkan rambut

Pastikan anda meluangkan masa mengeringkan keseluruhan kulit kepala selepas mencuci rambut. Sebaiknya gunakan alat pengering rambut atau keringkan menggunakan tuala. Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.

Mengikat rambut dan memakai tudung ketika rambut masih basah akan memburukkan keadaan kelemumur anda. Jadi, kena pastikan rambut kering sepenuhnya dan beri peluang kulit kepala bernafas dengan baik. Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian. 

Olivia syampu untuk rambut sihat.

3. Pilih syampu yang sesuai

Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut. Yang penting, syampu tersebut perlu “gentle” kepada kulit kepala dan menggunakan bahan semula jadi. 

Syampu Olivia mengandungi 3 jenis bahan herba yang sesuai untuk masalah rambut gugur, kelemumur dan beruban.

Syampu Olivia untuk rambut sihat, tiada masalah rambut gugur, kelemumur dan beruban.

Syampu Olivia Thinning Hair sesuai untuk rambut gugur dengan meningkatkan proses pertumbuhan rambut, merangsangkan folikel rambut dan menyuburkan semula kulit kepala. Ia mengandungi:

  • Panax Ginseng Extract mengurangkan keradangan folikel rambut dan merangsang pertumbuhan rambut
  • Arnica Montana Extract membersih sebum scalp, supaya rambut tumbuh kuat dan tidak gugur
  • Salvia Officinalis (Sage Extract) memberi nutrisi ke folikel rambut

Syampu Olivia Sebocorrector sesuai untuk rambut kelemumur dan berminyak dengan membersihkan sebum dan mengurangkan kegatalan kulit kepala. Ia mengandungi:

  • Algae extract mengurangkan keradangan kulit kepala dan memberikan nutrien rambut
  • Protein soya meningkatkan kelembapan kulit kapala
  • Climbazole sebagai agen antikulat yang boleh membantu mengurangkan berbagai jenis kulat.

Syampu Olivia Classic Grey Hair sesuai untuk rambut beruban dengan menutupi rambut putih, menyegarkan akar rambut dan merangsangkan pertumbuhan rambut. Ia mengandungi:

  • Henna hitam yang boleh menutupi rambut putih
  • Rosemary mengurangkan rambut beruban lagi teruk dan pertumbuhan rambut
  • Black oat extract membekalkan nutrien rambut dan memperbaiki struktur rambut

Sekiranya rambut anda mengalami gugur berterusan atau botak kekal, dan keradangan kulit kepala yang teruk, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Alpro One Click facebook page.

Goh Chai Xiang
Goh Chai Xiang

Seorang pakar pemakanan yang open-minded dan percaya makanan dan produk yang betul mampu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Generate Cart URL
Whatsapp