health

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadhan

By Alpro Pharmacy

April 8, 2022

Tips Pemakanan Semasa Bersahur

  1. Waktu sahur yang paling baik adalah 30 minit sebelum waktu imsak
  2. Sediakan makanan yang segar dan baru dimasak
  3. Minum air kosong secukupnya. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan.
  4. Ambil sajian bijirin yang tiggi serat seperti oat, roti gandum penuh, barli, bijirin sarapan pagi dan beras perang supaya dapat membekalkan tenaga untuk tempoh yang lebih panjang
  5. Pastikan ada sajian daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan protein. Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan ialah kekacang, soya, bijirin, kacang dan biji benih.
  6. Elakkan makanan yang digoreng semula kerana penggunaan minyak akan menyebabkan penambahan kalori

Tips Pemakanan Semasa Berbuka

  1. Mulakan dengan mengambil makanan yang ringkas. Contoh seperti 3 biji kurma dan segelas air kosong kerana kurma mengandungi fruktosa yang memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
  2. Ambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah ketidakselesaan pada sistem penghadaman atau gastrik. Bersederhana dan jangan makan berlebihan mengikut nafsu
  3. Makan mengikut sukatan yang betul dan seimbang mengikut saranan suku-suku separuh
  4. Kurangkan makanan berlemak, tinggi garam (sodium), gula dan pedas atau berempah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut
  5. Ambil sajian makan malam selepas maghrib manakala kudapan atau snek sihat boleh diambil selepas solat tarawih

Tips Pemakanan Semasa Moreh

  1. Mengambil snek ringkas seperti biskut atau kuih-muih juga dibenarkan selepas solat tarawih tetapi jangan keterlaluan
  2. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi, mi dan bihun kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak

Tips Pemakanan Di Bulan Ramadhan Ketika Covid-19

  1. Bersahur dan berbuka di rumah. Kongsi juadah bersama keluarga berbanding makan di restoran atau makan di luar
  2. Elakkan tempat yang sesak untuk membeli juadah. Amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain pada setiap masa
  3. Amalkan pemakanan seimbang mengikut suku-suku separuh dan pyramid makanan Malaysia.
  4. Lebihkan pengambilan serat. Pengambilan serat secukupnya bagi membantu melawaskan sistem pencernaan.
  5. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting untuk mendapatkan multivitamin dan mineral. Vitamin berperanan dalam menjaga sel-sel imun agar dapat berfungsi dengan baik. Jenis vitamin yang diperlukan adalah vitamin A, C, D, E dan B kompleks. Proses pembentukan sistem imun yang kuat juga memerlukan mineral seperti selenium, zink dan zat besi.

Selamat Berpuasa!

Generate Cart URL
Whatsapp