elderly-care

Kisah SilverCare – Lebih Daripada Penjagaan Orang Tua

By Ph. Chan Chiew Ying

August 10, 2020

Berikut adalah cerita seorang ahli farmasi komuniti bernama CY:

“Pada Februari 2020, kedua-dua ibu bapa saya mengalami koma dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan. Saya tidak terkata-kata dan tidak tahu apa yang harus dibuat. Tidak pernah saya terfikir akan kehilangan dua orang kesayangan pada waktu yang sama.

AccidentTempat Kejadian Kemalangan 

Apabila saya tiba di hospital, hati saya berasa pilu tetapi bersyukur sebab mereka masih hidup lagi. Ayah saya memerlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas. Ibu saya tidak dapat mengenali saya disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Dia  hanya dapat mengingati apa yang berlaku selepas lima hari. Apakah perasaan anda apabila ibu anda tidak dapat mengenali anda?

ICU

Bapa Ahli Farmasi CY

Selepas mereka discaj dari hospital, mereke memerlukan tempoh masa yang lama untuk pulih dan kembali ke keadaan asal. Dalam proses pemulihan, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang harus kami hadapi. Ubat – ubatan, alat bantuan berjalan, katil hospital, mesin oksigen, suplemen, lampin dan kerusi tandas, semuanya harus disediakan. Saya adalah seorang ahli farmasi dan sepatutnya semua ini seharusnya tidak menjadi masalah untuk diselesaikan. Namun, saya rasa amat tertekan dan saya mula memahami beban sebagai seorang penjaga kepada pesakit yang tidak mampu mengendalikan rutin harian. Sebenarnya, kebanyakan ahli keluarga pesakit di Malaysia selalu memberi rawatan yang tidak lengkap atau salah kepada pesakit oleh sebab kekurangan pengetahuan dalam penjagaan pesakit yang terlantar atas katil dan akibatnya penyembuhan pesakit dilambatkan!

SilverCare Logo

Dengan pengalaman hidup ini, saya berazam untuk memulakan servis Silvercare di Farmasi Alpro di seluruh negara. Berlandaskan satu objektif sahaja, untuk membantu sesiapa sahaja yang menempuhi dugaan hidup seperti saya.

” Visi kami adalah untuk mengurangkan kesengsaraan pesakit dan memberikan kualiti hidup yang terbaik untuk penjaga dan pesakit. “

SilverCare memberikan servis “One-Stop”, di mana apa-apa peralatan untuk penjagaan warga emas ataupun kepada pesakit yang baru sahaja discaj boleh dicari di Farmasi Alpro. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana kerana di Farmasi Alpro, anda boleh mencari segala yang diperlukan.

SERVIS SILVERCARE TERMASUK: 

✅Cadangan untuk Penjagaan Pesakit Lepas Discaj
✅Bekalan Alat-Alatan Rehabilitasi/Kerusi Roda/Tongkat/Lampin(> 569 jenis)
✅Sewa Katil Hospital/Mesin Oksigen/Kerusi Roda
✅Servis Membaiki Katil Hospital/Mesin Oksigen/Kerusi Roda
✅Penjagaan Luka (Kencing Manis/ Melecet/Melecur)
✅Fisioterapi
✅Penjagaan pemakanan & nutrisi daripada ahli Dietitik & ahli Nutrisi 
✅Penjagaan ubat-ubatan daripada pegawai Farmasi 
✅Dermaan Susu (bagi pesakit yang perlukan tube feeding)

“Anak Yang Baik dan Soleh – Filial Piety”

Filial Piety adalah slogan kami. Elemen ini seharusnya disemat di dalam prinsip hidup seseorang. Semenjak kami kecil, ibu-bapa anda menjaga dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, kami harus sentiasa mentaati mereka. Itulah prinsip Filial Piety.

Filial Piety

Jom menghubungi kami jika anda ada keperluan dalam penjagaan pesakit lepas discaj:
Facebook : https://www.facebook.com/silvercare.alpropharmacy.bm

Talian Khas📲 019-7500612
WhatsApp Link ➡️ https://wa.me/60197500612
Cawangan Terdekat 🏠 https://www.alpropharmacy.com/store-locator/

#alpropharmacy #silvercarealpro #filialpiety #farmasialpro #penjagaanorangtua #silvercare #wheelchair #kerusiroda #tongkat #mesinoksigen

Generate Cart URL
Whatsapp