elderly-care

health

Kisah Kekurangan Ilmu Anak Terhadap Melecet Punca Ayah Terabai Nyaris Maut

By Farmasi Alpro

August 24, 2020

Kisah benar mengenai melecet / luka tekanan…..

Empat tahun yang lalu, saya tiba-tiba menerima satu panggilan telefon daripada ibu saya semasa saya tengah bekerja di luar negeri yang jauh daripada ibu bapa saya. 

“Ayah adik di hospital.. Adik cepat pulang yer…”

Tangisan ibu tidak akan saya lupakan. Ibu tak pernah menangis depan kita.

Walaupun perjalanan balik rumah hanya DUA jam, tapi bagi saya, DUA jam ni macam sangat lama…

Setelah tiba di hospital, ibu saya memberitahu bahawa ayah saya masih koma sebab dia terhantuk kepalanya akibat terjatuh pada waktu pukul 2 pagi.  Selain itu, tulang kakinya juga sudah patah dan bahunya terkihel. Doktor mengesahkan bahawa ayah saya mengalami kecederaan saraf tunjang dan mungkin berisiko kematian sebab saluran pernafasannya terganggu akibat kecederaan yang dialaminya.

Akhirnya, ayah terlantar di katil, tidak dapat bercakap, tidak dapat bergerak dan hilang deria rasa.

Nasib baik. Ayah keluar daripada ICU. NAMUN, suatu lagi masalah besar, 【BED SORE】ataupun dipanggil melecet. Pada mulanya, kita ingat kulit ayah merah sebab panas. Tidak tahu pula sebenarnya adalah permulaan kecederaan kulit. Kemudian, luka jadi LUBANG! Baru kita tahu bahawa, untuk pesakit yang lama berbaring, kulit akan tertekan sekiranya tidak tukar posisi tidur pada jangka masa yang lama. Peredaran darah akan berkurangan dan menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrisi. Sel-sel kulit akan mati dan menjadi satu luka.

Bed Sore (Luka sebab berbaring lama)

Bed Sore (Luka sebab berbaring lama)

Bedsore / Melecet ada 4 tahap:


Tahap 1 : Kulit berwarna merah, apabila ditekan ringan dalam 30 saat, sangat lama untuk pulih

Tahap 2 : Kulit mula berlubang, pesakit berasa sakit

Tahap 3 : Permukaan dan bahagian dalam kulit habis luka, boleh nampak isi dan lemak bawah kulit

Tahap 4 : Luka masuk ke dalam urat dan otot, malah boleh merosakkan tulang.

Nasib baik, Ayah berada dalam Tahap 2. Dalam 20 hari selepasnya, kita sekeluarga rajin mencuci luka dan menukar posisi Ayah. Barulah luka mula untuk sembuh.

Ahli Farmasi memberitahu, rupa-rupanya bedsore / melecet  mampu dielakkan. Saya tidak tahu pada masa itu, ternyata tekanan luka dapat dicegah! Tetapi tidak ada kakitangan perubatan memberitahu saya pasal ini! Apa yang lebih menakutkan lagi ialah di Malaysia, ramai orang tidak mengetahui tentang tekanan luka! Tidak hairanlah 5 daripada 10 orang yang masuk hospital mengalami bedsore / melecet!!

Jadi, saya ingin kongsikan pengalaman dan tip-tips saya dalam penjagaan tekanan luka sekiranya anda menghadapi masalah yang sama.

 

Cara untuk Mengelakkan luka Bedsore / Melecet

1. Kurangkan geseran dan tekanan kulit

Untuk mengurangkan geseran dan tekanan kulit,  “Ripple Mattress” / Tilam Angin merupakan sejenis peralatan yang sangat efektif! Ia dapat meningkatkan peredaran darah supaya oksigen dan nutrisi dapat mencapai sel-sel kulit dengan lebih lancar!

Di samping itu, kita juga perlu menukar posisi tiduran pesakit setiap 2-4 jam! Dengan kedua-dua “Ripple Mattress” dan penukaran posisi, kitab boleh berjaya mengelakkan 90% masalah luka bedsore / melecet. 

Biasanya, kita kena memilih jenis model  “Ripple Mattress”  bergantung pada tahap luka. Contohnya, ahli farmasi mencadangkan APEX DOMUS 2 untuk ayah saya sebab ia lebih sesuai untuk pesakit yang sudah mengalami luka berlubang. Ia juga sesuai untuk pesakit yang berat badan melebihi 100kg. 

Gambar Ripple Mattress Apex Domus 2 (Informasi Link https://bit.ly/2EnfvQJ)

2. Elakkan kulit basah dan ambil perhatian terhadap kesihatan kulit

Ambillah pengajaran saya. Saya tidak tahu merah itu tanda luka sudah bermula. Maka setiap kali anda bertukar lampin, baju ataupun cadar pesakit, anda mesti ambil perhatian terhadap keadaan kulit. Jangan lupa sapu “Barrier Cream” supaya menjaga kulit daripada najis ataupun air kencing.

3. Amalkan Pengambilan Protein Yang Mencukupi

Ramai pesakit yang terlantar tiada selera makan, dan ini akan mengurangkan nutrisi dalam badan. Akhirnya, berat badan akan berturun dengan mendadak dan menyebabkan sendi-sendi badan untuk meletakkan lagi banyak tekanan atas kulit. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dan nutrisi berkhasiat adalah sangat penting. Sila menemui ahli dietitik anda untuk cadangan makanan yang sesuai supaya dapat sembuh dengan cepat.

Saya harap kisah saya boleh menjadi pengajaran bagi semua yang menjaga pesakit yang berbaring lama atas katil. Rawatan luka amat mencabar dan mahal, betapa harapnya saya mempunyai ilmu tersebut sewaktu menjaga ayah.

Jom menghubungi kami jika anda ada keperluan dalam penjagaan pesakit lepas discaj:
Facebook : https://www.facebook.com/silvercare.alpropharmacy.bm

Talian Khas📲 019-7500612
WhatsApp Link ➡️ https://wa.me/60197500612
Cawangan Terdekat 🏠 https://www.alpropharmacy.com/store-locator/

#alpropharmacy #silvercarealpro #filialpiety #farmasialpro #penjagaanorangtua #silvercare #ripplemattress #tilamangin #pressureulcer 

Generate Cart URL
Whatsapp