food

Kesan susu terhadap gangguan pencernaan: Mitos atau fakta bagi kanak-kanak

By Alpro Pharmacy

July 12, 2023

Susu telah menjadi sumber khasiat penting dalam kehidupan sejak kecil lagi, tetapi mungkin sesetengah masih mempunyai keraguan tentang kesan susu terhadap kesihatan kita. Terdapat banyak mitos dan info tidak tepat mengenai susu yang boleh membuatkan anda keliru atau ragu-ragu.

Tetapi jangan bimbang! Dalam artikel ini, kami akan mengemukakan fakta sebenar mengenai susu.

Mitos 1: Semua probiotik dalam susu kanak-kanak adalah sama untuk membantu pencernaan.

Fakta: Probiotik sebenarnya datang dalam pelbagai strain, dan setiap strain mungkin mempunyai kesan yang berbeza pada pencernaan.

Strain tertentu telah dikaji secara meluas untuk kesihatan pencernaan, sementara yang lain mungkin mempunyai faedah yang lebih khusus seperti untuk imunisasi. Keberkesanan probiotik boleh berbeza-beza bergantung pada dos dan fungsi probiotik tersebut.

Mitos 2: Susu boleh menyebabkan keradangan.

Fakta: Susu sebenarnya boleh mengurangkan keradangan dalam badan.

Kajian terbaharu yang dilakukan di Kanada, mendapati bahawa dengan
pengambilan 1 hingga 2 hidangan susu setiap hari boleh mengurangkan biomarker
keradangan yang kronik dalam badan. Dalam kajian ini juga menyatakan pengambilan susu penuh lemak atau rendah lemak tidak mempunyai kesan penyebab ke atas keradangan badan manusia terutaman sekali kanak-kanak.

Mitos 3: Susu formula kurang bernutrisi untuk kanak-kanak.

Fakta: Susu formula mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi dari susu lain terutama sekali vitamin D.

Susu formula telah diperkaya dengan vitamin D yang lebih berbanding daripada susu datangnya dari sumber lain. Ini menyebabkan dengan mengambil susu formula ia dapat membantu dalam pembentukan tulang yang lebih kuat seiring dengan
perkembangan kanak-kanak

Mitos 4: Minuman susu alternatif seperti minuman susu badam adalah lebih bagus daripada susu lembu.

Fakta: Susu lembu merupakan pilihan yang lebih baik berbanding minuman badam.

Ini kerana susu lembu adalah produk semula jadi yang mengandungi protein dan nutrisi lain seperti kalsium, vitamin B2 dan B12. Manakala, minuman badam mengandungi protein yang amat sedikit, dan biasanya perlu ditambah dengan vitamin dan mineral.

Mitos 5: Semakin mahal susu kanak-kanak, semakin baik kualitinya.

Fakta: Harga susu kanak-kanak tidak menentukan kualiti susu dan nutrisi di dalamnya.

Pemilihan susu untuk kanak-kanak adalah penting untuk memastikan mereka mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih susu untuk kanak-kanak:

  • Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak
  • Kandungan nutrisi. Pastikan susu yang dipilih mengandung nutrisi
    penting seperti protein, karbohidrat, lemak, kalsium, vitamin D, dan zat besi
  • Alergi atau intoleransi

Memperkenalkan Ostricare Step 3 Growing Up Formula 900g

Perlindungan Berganda! Kuat dengan Pertahanan 1 Bilion

  • Ostricare adalah 100% diimport dari Perancis.
  • Ia mengandungi 1 bilion probiotik BB-12(R), probiotik Bifidobacterium yang paling banyak diteliti di dunia.
  • BB-12(R) terbukti secara klinikal meningkatkan pencernaan kanak-kanak dan
    mengurangkan risiko sembelit dan kolik.
  • Ostricare diformulasikan dengan perlindungan berganda: melindungi sistem
    imun dan pencernaan.
  • Ia mengandungi 32 nutrien penting yang lengkap untuk pertumbuhan secara
    menyeluruh.
  • Ia mengandungi DHA&AA, FOS&GOS, zat besi, zink, vitamin C, kolin dan vitamin D.
  • Ostricare mengadakan pertandingan untuk memberikan beg berjenama
    mewah dari Perancis.

Lawati Ostricare Cow Milk BB-12 untuk maklumat lanjut.

Dapatkan Ostricare di Alpro Pharmacy yang terdekat atau tekan butang di bawah. 

Generate Cart URL
Whatsapp