Malaysia adalah negara yang sangat harmoni walaupun terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa . Perkara ini amat sinonim dengan pelbagai perayaan dari pelbagai budaya dan agama. Musim perayaan kaum Muslimin, Hari Raya Aidilfitri sudah pun menjelang tiba, sudah pasti ramai yang merancang dan tidak sabar untuk bercuti panjang.
Namun begitu masih ramai yang tidak betul-betul merancang dengan baik atau tahu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung halaman . Kami di Alpro sangat menitikberatkan keselamatan dan kemudahan bersama . Oleh itu, kami kongsikan 5 Persediaan Penting Sebelum Balik Kampung agar sama-sama kita dapat merancang perjalanan kita dengan selamat dan selesa.