health

5 Tip Buang Lemak Badan pada Hari Raya Aidilfitri

By Alpro Pharmacy

March 27, 2024

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam yang dirayakan setelah sebulan berpuasa semasa bulan Ramadan. la merupakan hari yang penuh dengan kegembiraan, kesyukuran, dan silaturahim antara keluarga serta sahabat. Tradisi yang lazim semasa Hari Raya Aidilfitri termasuk berkunjung ke rumah-rumah sanak saudara, mengenakan pakaian baru, serta menyediakan pelbagai juadah tradisional seperti rendang, lemang, dan ketupat.

Lazimnya pada Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia seringkali terlebih makan semasa yang boleh menyebabkan penambahan berat badan kerana pengambilan makanan yang berlebihan dan kaya dengan gula serta lemak. Bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk menguruskan berat badan dan menangani kesan terlebih makan tersebut melalui 5 tip senaman yang mengurangkan berat badan dibawah:

1. Senaman Berenang

Berenang adalah jenis latihan kardiovaskular yang membakar kalori dengan efisien, meningkatkan metabolisme, dan menguatkan otot-otot. Aktivit ini melibatkan hampir semua otot tubuh, membantu membakar lemak secara menyeluruh dan secara efektif membantu dalam penurunan berat badan.

2. Senaman Berjogging

 

Berjogging meningkatkan kekuatan jantung dan paru-paru selain dapat membakar lemak badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan dan membakar kalori, dengan itu senaman ini jika dipraktikkan secara berkalar, ianya dapat membantu mengurangkan lemak badan yang berkebihani. Senaman berjogging juga  sangat penting untuk menguatkan otot peha dan menguatkan lutut.

3. Senaman "Brisk Walk"

Berjalan dalam jarak jauh adalah senaman yang paling ringkas. Peningkatan penafasan dalam senaman ini bukan hanya karbon dioksida sahaja yang dapat dikeluarkan dari badan tetapi dapat membakar lemak secara efektif. Senaman ini bagus dan disarankan untuk orang yang obese dan orang yang sudah berumur.

4. Senaman Lompat Tali

Melakukan lompat tali secara konsisten dan dalam jangka masa yang berterusan dapat membantu membakar lebih banyak kalori, dan dapat membantu mengurangkan lemak badan. Selain itu, lompat tali melibatkan penglibatan banyak otot dalam tubuh, termasuk otot kaki, pinggul, lengan, dan bahu, yang membantu meningkatkan kekuatan dan kecekapan keseluruhan tubuh.

5. Senaman Dalam Keadaan Baring

Senaman dalam keadaan berbaring boleh mengurangkan lemak badan dengan kombinasi dengan senaman kardiovaskular yang lain dengan penjagaan diet yang betul. Selain itu, senaman ini juga dapat menguatkan otot pinggang, peha dan otot perut.

Terdapat tiga kepentingan dalam mengurangkan berat badan. Pertama, menjaga kesihatan adalah faktor utama. Menjaga berat badan yang sihat membantu mencegah masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis, dan penyakit jantung. Kedua, mengurangkan berat badan atau menjaganya membantu meningkatkan kecergasan dan kebolehan untuk menikmati aktiviti fizikal seperti bersiar-siar atau beriadah. Ini memberi peluang untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Ketiga, memiliki berat badan yang sihat dan ideal juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan secara keseluruhan. Ini memberi pengaruh positif kepada kehidupan sehari-hari dan hubungan sosial. Dengan menjaga berat badan dalam keadaan ideal, individu dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan bertenaga.

Mari kita pastikan kesihatan kita terjaga pada Hari Raya ini. Bersenam tidak hanya memberi kelegaan kepada tubuh kita tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan dan bentuk badan kita. Yang paling penting adalah memastikan konsistensi dalam bersenam untuk mencapai berat badan yang ideal, dan membina gaya hidup yang lebih bertenaga di mana ia memberi impak positif terhadap kesejahteraan diri sendiri.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.

Generate Cart URL
Whatsapp